Salam sejahtera
Dah lama tak update blog satu aku ni...hari ni saya nak citer bagaimana anda menilai diri anda ? Adakah nilai anda dikira berdasarkan masa atau hasil yang anda lakukan ? Apakah kerja anda hari ini dibayarkan berdasarkan masa atau berdasarkan hasil kerja yang anda telah lakukan ? Untuk menjawab kita perlu membezakan apakah nilai berdasarkan masa dan nilai berdasarkan hasil. Sebelum itu mari kita amati dialog saya bersama dengan seorang bakal UTC ?
"Sebagai UTC anda membina kerjaya anda dan membina perniagaan anda sebenarnya, anda memperolehi pendapatan berdasarkan apa yang anda buat"
"Jadi En.Lee takdelah gaji tetap ni"
"Ya benar, anda hanya akan dibayar berdasarkan kerja/hasil yang anda telah lakukan. Income anda berdasakarn komisyen"
"Komisyen, payahlah macam tu,,,kalau tak dapat prospek / client tak dapatlah komisyen. Tak dapat komisyen tak dapat duit, nak makan apa"
Saudara-saudara sekalian. Dalam perniagaan atau kerjaya Perunding Unit Amanah tiada gaji tetap. Anda mendapat pendapatan berdasarkan apa yang anda lakukan. Usaha anda, maka ianya adil dan berkat sebagai orang yang benar-benar bekerja dan mendapat upah yang setimpal berdasarkan sekuat mana usaha dia mendapatkannya. Berlainan dengan mereka yang dibayar pendapatannya berdasarkan masa.
BEKERJA UNTUK MASA
Bagi mereka yang bekerja atau makan gaji. Mereka sebenarnya memperdagangkan masa mereka untuk mendapatkan ringgit. Mereka bekerja dari pagi hingga ke petang untuk mendapatkan wang yang dikira berdasarkan masa mereka bekerja dalam sejam. Contohnya seorang pekerja mempunyai pendapatan sebanyak RM20,000 setahun. Ini bermakna gaji pekerja tersebut adalah RM10 sejam. Pekerja tersebut bekerja untuk mendapatkan RM10 sejam. Sekuat mana pekerja tersebut, serajin mana pekerja tersebut tetap ia dibayar berdasarkan masa RM10 sejam seperti yang telah termaktub di dalam perjanjian tawaran kerja oleh pihak majikan. Anda tidak boleh mengubahnya melainkan mendapat kelulusan dari CEO syarikat tersebut. Anda terikat dengan masa ibarat Rat Race.
Anda berlari dalam gelung yang sama. Masuk kerja jam 8.00 pagi balik rumah jam 5.00 petang. Keesokkannya pun sama juga anda melakukan aktiviti rutin sama seperti tikus yang berlari di dalam gelung dan tidak kemana. Lima kali dalam seminggu membuat aktiviti yang sama sudah tentu membosankan anda. Akhirnya anda hidup dalam tekanan demi tekanan. Tidak cukup tekanan di pejabat ditambah pula dengan tekanan di dalam rumah. Akhirnya anda hidup dalam tekanan. Anda penat dalam perlumbaan Rat Race. Adakah ini dinamakan job security yang memberi keselesaa kepada anda. Adakah ini yang anda mahukan dalam hidup anda. Bagaimana mungkin anda boleh meningkatkan potensi diri anda jika anda melakukan aktiviti kerja yang sama setiap hari. Anda tidak dapat mempejari apa-apapun pengalaman lain selain pengalaman kerja anda. Anda tidak boleh mengembangkan pengetahuan anda sepertimana yang anda mahukan? . Anda tidak mempunyai masa untuk aktiviti lain melainkan masa yang anda kejar-kejar RM10 tadi. Anda berkejar kesana kemari hanya untuk mendapatkan RM10 sejam . Tidakkah anda pernah terfikir jika anda boleh menggandakan RM10 sejam kepada RM20 jam atau RM40 sejam kenapa anda nak membataskan pendapatan anda hanya RM10 sejam dan seterusnya mendapat gaji bulanan yang tidak pernah cukup dan seterusnya dihabiskan hanya sekelip mata dengan berbelanja boros. Tidak kira anda menjawat jawatan apa. Tidak kira anda bekerja dalam sektor apa. Tidak kira anda dibayar beribu-ribu RM. Tidak kira apa pengalaman anda dan latarbelakang pendidikan anda. Anda tetap dibayar berdasarkan masa. Dibayar berdasarkan masa meletakkan hidup dan kewangan anda satu tahap yang telah ditetapkan. Apakah nilai hidup anda ? Adakah anda sekarang berasa nilai hidup anda lebih bermakna?
BEKERJA BERDASARKAN HASIL
Berbanding mereka yang bekerja seperti RAT RACE. Bagi golongan orang yang bekerja berdasarkan hasil kebanyakkannya adalah terdiri dari golongan Usahawan dan Ahli Perniagaan dan mereka-mereka yang dibayar berdasarkan komisyen. Mereka ini lebih menghargai masa. Sebabnya mereka tahu nilai masa mereka berapa. Oleh itu mereka tidak membuang masa kerana pada mereka MASA ADALAH WANG. Walaupun tidak dibayar berdasarkan masa tetapi golongan ini lebih menilai masa disebabkan mereka boleh melakukan banyak aktiviti perniagaan dalam satu masa. Mereka mempunyai kebebasan untuk menentukan dan merancangkan aktiviti mereka berdasarkan masa. Sebagai contoh...jikan golongan orang yang bekerja berdasarkan masa mendapat RM10 sejam...golongan peniaga mendapat lebih dari RM10 sejam dalam masa tidak sampai sejam. Sebagai contoh bagi yang bekerja mereka bekerja 8 jam sehari untuk mendapatkan RM80 sehari. Golongan Peniaga atau UTC dalam hal ini boleh mendapat lebih dari RM80 sehari dengan mendapat RM500. Cuba tanya mereka yang menjual burger...berniaga dari petang hingga ke malam sahaja tetapi dalam contoh ni kita andaikan mereka berniaga 8 jam sehari untuk memudahkan pengiraan. Golongan bekerja mendapat gaji RM80 sehari sedangkan golongan penjual burger mendapat pendapatan sebanyak RM300 pada hari itu. Siapakah yang lebih kaya? Sudah tentu si penjual burger. Secara puratanya seorang penjual burger boleh mengumpul RM300 sehari bahkan boleh mendapat lebih dari itu berdasarkan berapa ramai pembeli datang membeli burgernya dan dimana lokasi dia berada. Itu purata, biasalah alam perniagaan mana ada terus untung seperti juga pelaburan adakalanya turun dan naik. Adakalanya margin keuntungan kurang sedikit dari hari biasa. Mereka yang bekerja pun membeli burger dari pak burger.
Bekerja berdasarkan hasil. Anda memberi kebebasan kepada diri anda untuk memilih meningkatkan potensi diri anda, pendapatan anda, pengetahuan anda dan pengalaman anda. Dalam 8 jam sehari anda boleh melakukan pelbagai aktiviti sama ada aktiviti riadah, bersukan, menjalankan aktiviti perniagaan lain dan sebagainya. Jiwa tenang otak tak stress. Golongan ini pada mulanya memang pendapatan cukup2 makan tetapi setelah beberapa tahun pendapatan golongan ini lebih tinggi dan mencapai kekayaan berbanding golongan rat race.
Renungkan :
Hanya 5% sahaja golongan bekerja / makan gaji boleh menjadi kaya itupun dengan menjadi CEO sebuah syarikat atau menjawat jawatan Pengarah dalam penjawat awam kerajaan. Manakala 95% golongan kaya terdiri dari golongan usahawan dan ahli perniagaan.
Berminat menjadi perunding unit amanah
Hubungi saya 0168151321
Hanya 5% sahaja golongan bekerja / makan gaji boleh menjadi kaya itupun dengan menjadi CEO sebuah syarikat atau menjawat jawatan Pengarah dalam penjawat awam kerajaan. Manakala 95% golongan kaya terdiri dari golongan usahawan dan ahli perniagaan.
Berminat menjadi perunding unit amanah
Hubungi saya 0168151321
0 comments:
Post a Comment