Kuadran manakah anda ? ... Bahagian 1

Robert T.Kiyosaki telah menerangkan tentang 4 Quadrant dalam bukunya Cash Flow Quadrant. Dia telah menerangkan dimanakah seseorang itu. Beliau telah membahagikan kepada 4 kuadran. Iaitu Makan Gaji (Employee), Bekerja Sendiri (Self Employed) , Pemilik Perniagaan (Business Owner) dan Pelabur (Investor). Saya akan berkongsi kepada anda apakah beza antara 4 kuadran ini.

Makan Gaji

Ramai yang berada disini. Mereka yang makan gaji adalah mereka yang bekerja sama ada dengan kerajaan atau swasta. Mereka menerima bayaran upah yang dipanggil gaji berdasarkan kepada masa mereka bekerja. Ya, anda dibayar kerana masa anda bukannya siapa anda. Jika anda bekerja 8 jam sehari maka anda akan dibayar berdasarkan 8 jam. Berapakah gaji anda sejam ? Bolehkah anda mengiranya ? Jika anda bergaji RM1,500 mungkin anda beranggapan bahawa gaji anda besar. Sekarang cuba kira dalam masa sejam, berapakah gaji yang dibayar oleh majikan anda. Adakah gaji sejam anda mencukupi.

Anda dibayar berdasarkan masa anda. Anda menjual masa anda untuk mendapatkan upah. Jika anda tidak bekerja maka majikan tidak akan membayar anda gaji. Kemungkinan besar anda bakal berdepan masalah diberhentikan kerja. Mahu tidak mahu demi kerana wang anda sanggup bangun pagi pergi bekerja jam 8 pagi dan balik pada jam 5 petang. Jika majikan arahkan anda bekerja walaupun cuti umum anda akan bekerja tanpa banyak soal. Walaupun diri anda sebenar tekanan tetapi demi untuk wang anda sanggup berkorban masa anda. Anda seorang yang aktif bekerja untuk wang. Tahniah. Sedarkah anda, apabila anda bekerja makan gaji anda membenarkan diri anda sebenarnya mengikut telunjuk majikan anda. Anda terpaksa menurut walaupun anda tidak mahu. Jika anda kuli-kuli sahaja, anda tidak mempunyai suara untuk memberi pendapat atau idea kepada bos anda. Potensi anda terhenti disitu sahaja. Anda membuat kerja yang sama setiap hari bahkan setiap bulan, tahun dan sampailah anda bersara. Anda menghadkan pendapatan anda. Anda sudah mengikat komitmen kepada kerja anda. Anda sanggup tinggalkan keluarga anda awal-awal pagi sebelum anak-anak anda bangun tidur dan balik rumah setelah anak-anak anda tidur. Tekanan demi tekanan mendatangi anda. Gaji anda tidak bertambah melainkan sedikit itupun kena tunggu setahun. Mampukah anda bekerja lagi. 

Lebih menyeksakan ada segelintir mereka yang makan gaji tetapi gaji tidak mencukupi. Dahlah bekerja 8 jam sehari kena tunggu gaji hujung bulan tapi belum cukup hujung bulan dah habis duit gaji. Apabila sudah tidak ada duit maka motivasi untuk bekerja sudah tidak ada maka ponteng sana ponteng sini. Anda sudah tidak fokus kerana dibebani masalah kewangan. Akhirnya anda buat kerja sambil lewa dan kesimpulannya anda diberhentikan kerja. 

Mungkin ada yang beranggapan adakah saya anti pada mereka yang makan gaji. Sebenarnya saya tidak mengatakan makan gaji tidak bagus. Jika kita makan gaji bersungguh dan ikhlas sudah tentulah kita akan mendapat gaji berkat. Disamping itu kita dapat mengatur dan mengurus kewangan peribadi kita. Isu tidak cukup gaji tidak akan timbul. Kelebihan makan gaji anda tidak perlu risau tentang gaji kerja anda adalah bekerja dan menunjukkan taat setia kepada syarikat. Syarikat akan memberi faedah kepada kakitangan mereka seperti faedah perubatan, percutian, kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan sebagai tetapi sampai bila. Adakah selepas anda bersara? Mungkin bagi pesara kerajaan mendapat pencen, mendapat duit walaupun sudah tidak bekerja. Kononnya duit pencen tersebut adalah jasa baik pesara yang pernah bekerja dengan kerajaan. Tahniahlah, tetapi bagaimana dengan mereka yang bekerja sebagai pesara swasta. Adakah mereka akan mendapat pencen setelah bersara. Mari kita ikuti artikel akhbar dibawah.


Cabaran bagi pesara kerajaan

Jawab soalan di bawah ini...
  1. Berapa lama anda sudah berkhidmat dengan kerajaan ?
  2. Agak-agaknya dengan tempoh perkhidmatan anda, berapakah pencen anda ?
  3. Pencen anda dibayar berdasarkan tempoh berapa lama anda berkhidmat, adakah pencen anda mencukup untuk survive kos sara hidup semasa anda bersara ?
  4. Adakah pencen anda dapat mengatasi kadar inflasi, kos sara hidup meningkat, membiayai kos rawatan penyakit, dan membolehkan anda melancong atau menunaikan haji?
  5. Adakah pencen anda dapat membantu anda bebas dari masalah kewangan ?
  6. Adakah pencen anda cukup agar anda tidak akan bekerja di usia emas anda ?
  7. Adakah anda boleh berbangga dengan pencen anda ?
Jika anda boleh jawab soalan di atas tahniah. Jika tidak saya sarankan anda membuat perancangan tabungan persaraan anda. Anda boleh menghubungi saya untuk menjadi agen Perunding Kewangan agar anda dapat mengurus kewangan anda sendiri atau kalau anda tidak mahu anda boleh benarkan saya membantu anda membuat pelan tabungan persaraan anda. :)







Anda TIDAK mempunyai PENCEN. Anda pekerja Swasta...Bagaimana anda mahu survive di usia emas anda ?

Soalan saya, adakah epf anda mencukupi ?
Adakah epf anda mencecah RM120,000 ?

Jika anda tidak dapat menjawab persoalan saya. Saya sarankan anda membuat perancangan tabungan persaraan anda SEKARANG. Anda boleh menghubungi saya untuk menjadi agen Perunding Kewangan agar anda dapat mengurus kewangan anda sendiri atau kalau anda tidak mahu anda boleh benarkan saya membantu anda membuat pelan tabungan persaraan anda. :)

Apalah guna bekerja kalau setiap bulan wang tidak mencukupi ?


"Saya doakan anda sentiasa beroleh rahmat kebahagian, kekayaan dan kejayaan"

Amin







Copyright © / I'm UTC

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger