Jangan Pandang Rendah...


JURUJUAL DAN EXECUTIVE

Jurujual : Salam sejahtera bang…saya dari syarikat xyz ingin menunjukkan barang kepada abang tak beli taka pa abang tengok dulu…

Executive : Alah dik , ko ni takder kerja lainkah asyik2 nak kopek duit aku…

Jurujual : Bang bukan macam tu bang. Abang tgk dululah   mana tahu berkenan. Ini minyak untuk abang Nampak macho…Abang pun dah macho kan tambah lagi macho

Executive : Jangan ko nak goreng lah dik. Teknik ko ni dah tak berkesan. Baik ko kerja lainlah dari minta duit orang macam ni. Tak kaya pun kerja macam ni. Cuba buat kerja macam abang ni. Gaji jangan cakaplah, duduk ofis air cond tak macam ko jalan2 cari orang, penat tak larat aku,

Jurujual : Bang tak apalah kalau abang tak nak beli tapi jangan hina saya boleh tak bang. Saya hanya kelulusan biasa jak tak berkelulusan tinggi cam abang. Apapun saya hormati abang. Terima kasihlah kerana sedarkan saya. Saya sentiasa sedar siapa saya. Maaf bang kalau mengganggu…

Sejam kemudian…ditempat parking kereta…

Jurujual : Assalammualaikum bang, berjumpa pula kita disini…

Executive : Awak lagi, kan saya kata tak nak beli barang awak…

Jurujual : Jangan salah faham bang, saya bukan nak jual barang. Saya nak ambik kereta saya ni . Parking sebelah kereta abang. So saya tegurlah…Ok bang saya gerak dulu ya…

Executive : Dalam keadaan terlopong…dalam hati berbisik …Mana mungkin seorang jurujual mampu memiliki kereta BMW X6 x Drive 35i kereta impian aku. Wah…5 tahun dari sekarang pun belum tentu dapat membeli kereta sebiji macam tu…Malu…malu…

Maklumat lanjut kerjaya Perunding Unit Amanah hubungi saya...

0168151321

Apa pilihan anda...Siapa lagi kaya...


Ikuti kisah seorang penjual burger dengan seorang executive di sebuah syarikat swasta…

Executive : Adik , bagi burger ayam special satu…

Penjual Burger : Siap bang… Wah kereta besar bang, mesti kayakan. Abang kerja apa bang…(biasalah orang berniaga, mulut mesti manis, mestilah nak buat hubungan baik dengan pelanggan, mana tahu jadi pelanggan tetap)

Executive : Alah adik, executive biasa jak. Syarikat tu hah…Dekat jak…

Penjual Burger : Bang bukan senang orang nak beli kereta ni bang…NI BMW . Mesti pendapatan abang ni kencang. Cam saya ni bilalah nak merasa…setakat kapcai C70 tu jak ada.

Executive : Biasa jak tu dik  (dalam hati,,,bukannya aku beli Cash pun, ni pun hutang bank, anytime jak kena tarik kalau tak bayar)…Lain citer adik…sehari berapa dapat. Bisnes ok tak?

Penjual Burger : Alhamdulillah bang, biasalah berniaga ada turun ada naik. Tapi purata saya dapat RM500 Sehari. Tu tak termasuk 2 stall burger lagi . Itu ada orang jaga, kat sini saya yang jaga kebetulan pekerja saya tu balik kampung. Purata semuanya sehari RM1,500.

Executive : Dengan rasa malu dan cover line… Adik berapa semua ni…

Penjual Burger : Murah jak bang…Abang punya saya bagi diskaun kerana pelanggan baru kat warung burger saya ni. RM5.50 sahaja.

Executive : (dalam hati) …Pergh siap bagi diskaun kat aku lagi…cam dia tahu jak aku sekarang ni kena bajet sebab beli kereta ni…wah kalau dikira kaya juga budak ni. Aku bercakap dengan Bos Burger rupanya…Bayangkan kalau sehari RM1,500 purata untuk 3 stall burger kalau 30 hari…Wah RM45,000 sebulan...setahun RM540,000…Kaya-kaya…Budak tadi tu mampu beli BMW kenapa dia tak beli...aku yang gaji RM5000 sebulan beli itu pun dah buat catuan…itu pasal makan burger jak hari2…seram (bisik hatinya)

Sekian ...

Untuk menjadi perunding Unit Amanah hubungi saya

0168151321

Bagaimana anda menilai diri anda ?

Salam sejahtera

Dah lama tak update blog satu aku ni...hari ni saya nak citer bagaimana anda menilai diri anda ? Adakah nilai anda dikira berdasarkan masa atau hasil yang anda lakukan ? Apakah kerja anda hari ini dibayarkan berdasarkan masa atau berdasarkan hasil kerja yang anda telah lakukan ? Untuk menjawab kita perlu membezakan apakah nilai berdasarkan masa dan nilai berdasarkan hasil. Sebelum itu mari kita amati dialog saya bersama dengan seorang bakal UTC ?

"Sebagai UTC anda membina kerjaya anda dan membina perniagaan anda sebenarnya, anda memperolehi pendapatan berdasarkan apa yang anda buat" 
"Jadi En.Lee takdelah gaji tetap ni" 
"Ya benar, anda hanya akan dibayar berdasarkan kerja/hasil yang anda telah lakukan. Income anda berdasakarn komisyen" 
"Komisyen, payahlah macam tu,,,kalau tak dapat prospek / client tak dapatlah komisyen. Tak dapat komisyen tak dapat duit, nak makan apa"

Saudara-saudara sekalian. Dalam perniagaan atau kerjaya Perunding Unit Amanah tiada gaji tetap. Anda mendapat pendapatan berdasarkan apa yang anda lakukan. Usaha anda, maka ianya adil dan berkat sebagai orang yang benar-benar bekerja dan mendapat upah yang setimpal berdasarkan sekuat mana usaha dia mendapatkannya. Berlainan dengan mereka yang dibayar pendapatannya berdasarkan masa. 

BEKERJA UNTUK MASA

Bagi mereka yang bekerja atau makan gaji. Mereka sebenarnya memperdagangkan masa mereka untuk mendapatkan ringgit. Mereka bekerja dari pagi hingga ke petang untuk mendapatkan wang yang dikira berdasarkan masa mereka bekerja dalam sejam. Contohnya seorang pekerja mempunyai pendapatan sebanyak RM20,000 setahun. Ini bermakna gaji pekerja tersebut adalah RM10 sejam. Pekerja tersebut bekerja untuk mendapatkan RM10 sejam. Sekuat mana pekerja tersebut, serajin mana pekerja tersebut tetap ia dibayar berdasarkan masa RM10 sejam seperti yang telah termaktub di dalam perjanjian tawaran kerja oleh pihak majikan. Anda tidak boleh mengubahnya melainkan mendapat kelulusan dari CEO syarikat tersebut. Anda terikat dengan masa ibarat Rat Race. 
Anda berlari dalam gelung yang sama. Masuk kerja jam 8.00 pagi balik rumah jam 5.00 petang. Keesokkannya pun sama juga anda melakukan aktiviti rutin sama seperti tikus yang berlari di dalam gelung dan tidak kemana. Lima kali dalam seminggu membuat aktiviti yang sama sudah tentu membosankan anda. Akhirnya anda hidup dalam tekanan demi tekanan. Tidak cukup tekanan di pejabat ditambah pula dengan tekanan di dalam rumah. Akhirnya anda hidup dalam tekanan. Anda penat dalam perlumbaan Rat Race. Adakah ini dinamakan job security yang memberi keselesaa kepada anda. Adakah ini yang anda mahukan dalam hidup anda. Bagaimana mungkin anda boleh meningkatkan potensi diri anda jika anda melakukan aktiviti kerja yang sama setiap hari. Anda tidak dapat mempejari apa-apapun pengalaman lain selain pengalaman kerja anda. Anda tidak boleh mengembangkan pengetahuan anda sepertimana yang anda mahukan? . Anda tidak mempunyai masa untuk aktiviti lain melainkan masa yang anda kejar-kejar RM10 tadi. Anda berkejar kesana kemari hanya untuk mendapatkan RM10 sejam . Tidakkah anda pernah terfikir jika anda boleh menggandakan RM10 sejam kepada RM20 jam atau RM40 sejam kenapa anda nak membataskan pendapatan anda hanya RM10 sejam dan seterusnya mendapat gaji bulanan yang tidak pernah cukup dan seterusnya dihabiskan hanya sekelip mata dengan berbelanja boros. Tidak kira anda menjawat jawatan apa. Tidak kira anda bekerja dalam sektor apa. Tidak kira anda dibayar beribu-ribu RM. Tidak kira apa pengalaman anda dan latarbelakang pendidikan anda. Anda tetap dibayar berdasarkan masa. Dibayar berdasarkan masa meletakkan hidup dan kewangan anda satu tahap yang telah ditetapkan. Apakah nilai hidup anda ? Adakah anda sekarang berasa nilai hidup anda lebih bermakna?

BEKERJA BERDASARKAN HASIL

Berbanding mereka yang bekerja seperti RAT RACE. Bagi golongan orang yang bekerja berdasarkan hasil kebanyakkannya adalah terdiri dari golongan Usahawan dan Ahli Perniagaan dan mereka-mereka yang dibayar berdasarkan komisyen. Mereka ini lebih menghargai masa. Sebabnya mereka tahu nilai masa mereka berapa. Oleh itu mereka tidak membuang masa kerana pada mereka MASA ADALAH WANG. Walaupun tidak dibayar berdasarkan masa tetapi golongan ini lebih menilai masa disebabkan mereka boleh melakukan banyak aktiviti perniagaan dalam satu masa. Mereka mempunyai kebebasan untuk menentukan dan merancangkan aktiviti mereka berdasarkan masa. Sebagai contoh...jikan golongan orang yang bekerja berdasarkan masa mendapat RM10 sejam...golongan peniaga mendapat lebih dari RM10 sejam dalam masa tidak sampai sejam. Sebagai contoh bagi yang bekerja mereka bekerja 8 jam sehari untuk mendapatkan RM80 sehari. Golongan Peniaga atau UTC dalam hal ini boleh mendapat lebih dari RM80 sehari dengan mendapat RM500. Cuba tanya mereka yang menjual burger...berniaga dari petang hingga ke malam sahaja tetapi dalam contoh ni kita andaikan mereka berniaga 8 jam sehari untuk memudahkan pengiraan. Golongan bekerja mendapat gaji RM80 sehari sedangkan golongan penjual burger mendapat pendapatan sebanyak RM300 pada hari itu. Siapakah yang lebih kaya? Sudah tentu si penjual burger. Secara puratanya seorang penjual burger boleh mengumpul RM300 sehari bahkan boleh mendapat lebih dari itu berdasarkan berapa ramai pembeli datang membeli burgernya dan dimana lokasi dia berada. Itu purata, biasalah alam perniagaan mana ada terus untung seperti juga pelaburan adakalanya turun dan naik. Adakalanya margin keuntungan kurang sedikit dari hari biasa. Mereka yang bekerja pun membeli burger dari pak burger.


Bekerja berdasarkan hasil. Anda memberi kebebasan kepada diri anda untuk memilih meningkatkan potensi diri anda, pendapatan anda, pengetahuan anda dan pengalaman anda. Dalam 8 jam sehari anda boleh melakukan pelbagai aktiviti sama ada aktiviti riadah, bersukan, menjalankan aktiviti perniagaan lain dan sebagainya. Jiwa tenang otak tak stress. Golongan ini pada mulanya memang pendapatan cukup2 makan tetapi setelah beberapa tahun pendapatan golongan ini lebih tinggi dan mencapai kekayaan berbanding golongan rat race. 

Renungkan :

Hanya 5% sahaja golongan bekerja / makan gaji boleh menjadi kaya itupun dengan menjadi CEO sebuah syarikat atau menjawat jawatan Pengarah dalam penjawat awam kerajaan. Manakala 95% golongan kaya terdiri dari golongan usahawan dan ahli perniagaan.


Berminat menjadi perunding unit amanah

Hubungi saya 0168151321


Copyright © / I'm UTC

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger