Firman Allah Ta'ala:
47: "Yusuf menjawab: Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu potong biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."
48: "Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan(unutk dijadikan benih)."
49: "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah(hasil anggur, zaitun dan sebagainya)."
(Surah Yusuf : 47-49)
Ayat tersebut dikenali sebagai ayat perancangan yang mengungkapkan betapa pentingnya untuk merancang sama ada untuk diri sendiri atau untuk masyarakat awam apabila berhadapan dengan kejadian yang pasti datang di masa hadapan.
Untuk masyarakat purba Mesir, kepastian datangnya hasil tuai yang baik selama tujuh tahun diikuti dengan tujuh tahun kemarau panjang telah diberitahu oleh Nabi Yusuf (alaihissalam) selepas Raja Mesir meminta mimpinya ditafsir. Tafsiran mimpi ini diyakini oleh Raja Mesir, justeru melantik Nabi Yusuf sebagai Bendahari Negara. Nabi Yusuf telah membuat perancangan teliti dan melaksanakan perancangan tersebut dan hasilnya masyarakat Mesir telah terselamat dari ancaman malapetaka kemarau panjang yang telah diketahui itu.

Posted by
Rosfazlie